Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mahkamah Sesyen di siniĀ  hari ini menolak permohonan ikat jamin pasangan suami isteri yang didakwa membekalkan senjata api kepada seorang lelaki warga Israel pada Mac lepas. Foto fail Bernama

Permohonan ikat jamin pasangan didakwa bekal senjata api kepada warga Israel ditolak

ByBernama

KUALA SELANGOR, 25 Julai: Mahkamah Sesyen di siniĀ  hari ini menolak permohonan ikat jamin pasangan suami isteri yang didakwa membekalkan senjata api kepada seorang lelaki warga Israel pada Mac lepas.

Hakim Ahmad Faizadh Yahya membuat keputusan untuk menolak permohonanĀ Sharifah Faraha Syed Husin, 41, dan Abdul Azim Mohd Yasin, 43,Ā  selepas merujukĀ kepada prinsip Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Tinggi berkaitan dua kes membabitkan Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971Ā sebelum ini.

“Selain itu, tiada sebarang keadaan istimewaĀ dikemukakan oleh pihak pembelaan bagi permohonan jaminan berkenaan. Justeru, mahkamah menolaknya,” katanya yang menetapkan 29 Ogos ini sebagai sebutan semula kes.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Fakhrurrazi Ahmad Salim berhujah bahawa kesalahan kedua-dua tertuduhĀ tidak boleh jamin.

“Ia antaranya bagi mengelakkan tertuduh melakukan kesalahan lebih berat ketika proses perbicaraan kes masih dijalankan dan turut dikhuatiri mengganggu saksi pendakwaan,ā€ katanya.

Peguam Mohamad Isa Mohamad Basir yang mewakili Sharifah Faraha pula berkata mahkamah mempunyai kuasa budi bicara untuk membenarkan jaminan itu.

Pada 8 April lepas, Sharifah Faraha mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memiliki sepucuk pistol jenama CZ 75 P-01 CAL.9 LUGER di sebuah rumah di Kampung Bukit Belimbing, Kuala Selangor pada 8 malamĀ 29 Mac lepas.

Wanita itu didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang membawa hukuman maksimum penjara 14 tahun dan sebatan tidak kurang enam kali, jika sabit kesalahan.

Abdul Azim pula didakwa ada bersama Sharifah Faraha dalam keadaan yang menimbulkan anggapan munasabahĀ bahawa dia tahu isterinya memiliki senjata api itu pada lokasi, tarikh dan masa sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 9 akta sama yang memperuntuk hukuman serupa jika disabitkan kesalahan.Ā  -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

Ā 

Berita Berkaitan