Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Members of the public who have information on the incident are urged to contact Insp Azie Azyantie Mohd Rafae at 013-6756317 or the Sungai Buloh district police headquarters operations room at 03-61561222.

Pengeluaran RM24.2 juta: 10 termasuk pengurus bank didakwa anggota jenayah terancang

ByBernama

KOTA KINABALU, 25 Julai: Sepuluh individu termasuk dua pengurus bank yang dikaitkan dengan pengeluaran RM24.2 juta wang deposit tetap sebuah bank didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang.

Dua pengurus bank Iren Chin Nyuk Thien, 38, dan Christina @ Caroline Pianus, 53, dituduh atas kesalahan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang yang diketuai oleh Josepin J.Langkan, 38.

Turut dituduh Mazlani Jenuary, 53; Hasran Magin, 46; Leong Hin Ping, 62; T.Subramaniam, 56; Sugumaran K.Ponniah @ Mohd Daniel Abdullah, 56; Vireonis Jonok, 35; Nasir Abdul Rashid, 60.

Kesemua mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara 26 April dan 10 Julai lepas di cawangan MBSB Bank Berhad (MBSB Bank) di sini.

Pertuduhan dibuat di hadapan Hakim Amir Shah Amir Hassan mengikut Seksyen 130V (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minima lima tahun hingga 20 tahun jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada semua tertuduh.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Lina Hanini Ismail dan Maryam Jamielah Ab Manaff, manakala semua tertuduh diwakili peguam kecuali Hasran.

Lina Hanini dalam hujahannya berkata pihak pendakwaan tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh antara lain disebabkan faktor keselamatan, dan kes itu melibatkan kepentingan awam.

Mahkamah juga tidak membenarkan sebarang jaminan ke atas semua tertuduh selain memerintahkan mereka ditahan sehingga 13 Sept ini sementara menunggu usul di Mahkamah Tinggi.

Selasa lepas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata 10 individu ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) kerana disyaki terlibat sindiket mencuri wang deposit tetap milik pelanggan sebuah bank dianggarkan RM24.7 juta, akan didakwa di sini hari ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan