Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin. Foto fail Bernama

Pelaksanaan gaji minimum dorong pertumbuhan KDNK nominal

ByRadzi Ahmad

PUTRAJAYA, 25 Julai: Pelaksanaan gaji minimum antara faktor penting kepada pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) nominal negara yang berjumlah RM1.8 trilion pada 2023, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.

Menurut Ketua Perangkawan Malaysia Dato Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin, pertumbuhan yang menyerdehana iaitu  1.6 peratus berbanding 15.8 peratus pada tahun sebelumnya.

“Walaupun prestasi menyederhana, ekonomi kekal berdaya tahan terutama melalui perbelanjaan penggunaan akhir swasta yang meningkat sebanyak 6.7 peratus.

“Pertumbuhan ini didorong oleh penambahbaikan yang sedia ada dalam pekerjaan dan upah melalui pelaksanaan gaji minimum baharu sebanyak RM1,500 bermula Mei 2023,” katanya dalam kenyataan media KDNK Kaedah Pendapatan 2023 hari ini.

Statistik pendapatan yang dijana daripada pengeluaran dalam ekonomi merangkumi tiga komponen utama iaitu Pampasan Pekerja (PP), Lebihan Kendalian Kasar (LKK) dan Cukai tolak Subsidi ke atas Pengeluaran dan Import (Cukai bersih).

Jelas Mohd Uzir, PP menyumbang 33.1 peratus kepada KDNK, LKK menyumbang 64.8 peratus, manakala Cukai bersih menyumbang 2.1 peratus.

“Cukai bersih, komponen yang mewakili sumber pendapatan kepada Kerajaan, menunjukkan pertumbuhan yang memberangsangkan iaitu 242.0 peratus atau RM37.7 bilion pada tahun 2023, disokong oleh hasil cukai yang lebih tinggi berbanding penurunan dalam subsidi,” jelasnya.

Jelasnya lagi, cukai ke atas pengeluaran dan import meningkat 3.1 peratus, didorong oleh pertumbuhan dalam cukai perkhidmatan dan duti import.

Sementara itu, kemerosotan subsidi yang ketara pada 34.2 peratus dipengaruhi oleh penyusutan subsidi petroleum dan diesel. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan