Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tengkolok Diraja dan Pending Diraja yang dipamer di Pameran Raja Kita. Foto TVS

Pameran Raja Kita bermula esok, pamer koleksi peribadi Agong dan Raja Permaisuri

KUALA LUMPUR, 25 Julai: Pameran Raja Kita bersempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bermula esok, 26 Julai hingga 29 September 2024 di Muzium Negara.

Sebanyak 272 koleksi Institusi Yang di-Pertuan Agong serta koleksi peribadi Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah akan dipamerkan dalam segmen Persekutuan dan Negeri di galeri 1 dan galeri 2 muzium tersebut.

Pameran berkenaan merupakan antara tujuh acara rangkaian sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 yang menjadi sorotan utama sejak pameran itu membuka pintu pertama kali pada tahun 1980 iaitu semasa pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-7, Sultan Ahmad Shah.

Sehubungan itu, penganjuran pameran kali ini bertujuan untuk memperkenalkan secara lebih mendalam Yang di-Pertuan Agong ke-17, Sultan Ibrahim kepada masyarakat.

Pameran yang dikendalikan oleh Jabatan Muzium Malaysia itu bertujuan untuk mendekatkan masyarakat dengan Institusi Yang di-Pertuan Agong dalam sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen dan Konsep Raja Berperlembagaan agar ia terus terpelihara sebagai lambang kedaulatan yang memayungi negara ini.

Kereta Beroda Tiga Morgan. Foto TVS
Kalung Diraja & Gendik. Foto TVS
Keris Panjang Diraja dan Keris Pendek Diraja. Foto TVS

Pelbagai pihak dan agensi termasuk Istana Negara, Pejabat SUK Negeri, Muzium Diraja Negeri, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Universiti Awam, dan agensi kerajaan turut menyokong pembukaan pameran ini.

Himpunan koleksi Persekutuan termasuklah Regalia Persekutuan seperti Cogan Alam dan Cogan Agama, serta koleksi-koleksi bersejarah dari Pejabat Penyimpan Mohor Besar seperti kertas undi yang digunakan semasa pemilihan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong setiap lima tahun sekali turut dipamerkan di sini.

Selain itu, bagi segmen Negeri, terdapat manuskrip Undang-Undang Tubuh Negeri Johor 1895, serta koleksi peribadi yang memaparkan minat dan hobi Baginda Tuanku seperti kereta Morgan, motor Harley Davidson, dan karya seni dari Raja dan Ratu.

Manakala koleksi ‘karya agung’ seperti Mahkota Kerajaan dan Mahkota Permaisuri yang digunakan semasa istiadat kemahkotaan pada tahun 2015 diyakini menjadi tumpuan utama pengunjung bersama dengan Regalia Persekutuan yang melambangkan sejarah awal pembinaan negara yang menerima Demokrasi Berparlimen, seiring dengan konsep beraja ketika ini.

Ketua Pengarah Muzium Negara, Datuk Kamarul Baharin A. Kasim dalam pada itu berharap pameran berkenaan menjadi platform kepada rakyat untuk memahami lebih mendalam mengenai sistem Raja Berperlembagaan dan peranan pentingnya dalam menyokong sistem Demokrasi Berparlimen.

“Melalui koleksi yang dipamerkan di galeri, masyarakat berpeluang untuk mengenali dan mempelajari lebih lanjut tentang institusi beraja serta menyemai rasa bangga terhadap negara,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan