Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sudarnoto Osman (dua kanan) mewakili SDEC dalam menandatangani perjanjian strategik dengan Kumpulan AFFIN. Foto Febbright James (TVS)

Kerjasama SDEC, AFFIN percepat pembangunan sektor ekonomi digital Sarawak

ByDouglas Elliot

KUCHING, 25 Julai: Kerjasama strategik terbaharu Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) dengan Kumpulan AFFIN merupakan langkah tepat dalam memperhebatkan lagi usaha pembangunan sektor ekonomi digital wilayah ini.

Ketua Pegawai Eksekutif SDEC, Sudarnoto Osman, berkata kerjasama strategik itu akan dapat merapatkan lagi jurang digitalisasi terutama melibatkan golongan Perusahaan Kecil, Mikro dan Sederhana (PKMS) luar bandar Sarawak.

“Ia merupakan situasi menang-menang bagi institusi kewangan dan golongan PKMS.

“Jika golongan PKMS ini memerlukan bantuan, kita boleh melaksanakan program yang boleh membantu mereka. Itulah sebab utama kami melibatkan diri dengan institusi kewangan,” katanya kepada TVS.

Beliau menambah penerapan infrastruktur digital ini juga tidak dapat dijayakan tanpa sokongan kewangan.

“Melalui platform AFFIN, golongan PMKS boleh meluaskan jangkauan pasaran mereka di Sarawak.

“Contoh lainnya adalah golongan petani luar bandar yang mahu meningkatkan pendapatan mereka melalui penggunaan teknologi, dan mereka sudah pasti memerlukan modal untuk berbuat demikian.

“Maka kerjasama ini adalah saluran terbaik bagi hala tuju tersebut,” katanya lagi.

Ujar Sudarnoto, sinergi ini juga akan menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang lebih tinggi bagi Sarawak.

Terdahulu, SDEC menandatangani satu perjanjian persefahaman dengan Kumpulan AFFIN bagi memperkasakan sektor itu di wilayah ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan