Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perjanjian Bersama Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dijangka akan ditandatangani oleh Malaysia dan Singapura pada akhir September depan, Dewan Negara dimaklumkan hari ini. Foto fail AFP.

Dewan Negara: Perjanjian JS-ZES dimuktamadkan September ini

ByRegina Lee

KUALA LUMPUR, 25 Julai: Perjanjian Bersama Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dijangka akan ditandatangani oleh Malaysia dan Singapura pada akhir September depan, Dewan Negara dimaklumkan hari ini.

Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Hanifah Hajar Taib berkata, satu bengkel bagi mengharmoni dan memuktamadkan permintaan serta tawaran Malaysia kepada Singapura akan diadakan pada minggu kedua Ogos 2024.

Jelas beliau, sesi rundingan kumpulan kerja bersama membabitkan kedua-dua kerajaan pula sedang berlangsung sehingga Ogos ini.

“Pembangunan JS-SEZ akan memberi tumpuan kepada sektor-sektor yang selari dengan dasar-dasar semasa kerajaan seperti Rancangan Malaysia, Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP), Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan lain-lain,” katanya di sini hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Senator Datuk Seri Zurainah Musa yang ingin tahu status terkini pelaksanaan JS-SEZ serta sektor industri yang telah diutamakan.

Zurainah juga ingin tahu insentif serta kemudahan yang akan diwujudkan.

Sementara itu Hanifah Hajar memaklumkan sebanyak 10 sektor yang telah dipersetujui bagi tujuan pembangunan iaitu logistik, perkhidmatan kewangan, perkhidmatan perniagaan, pelancongan, keterjaminan makanan, pembuatan, tenaga, pendidikan, kesihatan dan ekonomi digital.

“Kewujudan insentif dan kemudahan JS-SEZ masih belum dimuktamadkan dan sedang dalam proses perundingan dengan Singapura selain perbincangan bersama Kementerian Kewangan,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan