Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Langkah kerajaan mengawal selia penggunaan tenaga secara cekap dijangka mampu menjimatkan kos sebanyak RM19.1 bilion menjelang 2050. Foto hiasan, Envato.

Dewan Negara: Malaysia mampu jimat RM97.1 bilion susulan penguatkuasaan Akta Kecekapan Tenaga

ByRegina Lee

KUALA LUMPUR, 25 Julai: Langkah kerajaan mengawal selia penggunaan tenaga secara cekap dijangka mampu menjimatkan kos sebanyak RM97.1 bilion menjelang 2050.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, ia dilakukan menerusi Akta Kecekapan dan Konservasi Tenaga yang diluluskan di Parlimen pada bulan lepas.

Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata, kerajaan kini memberi penekanan terhadap aspek pengurusan tenaga elektrik dan termal.

“Melalui penguatkuasaan akta ini ke atas sektor industri, komersial dan domestik hingga 2050, Malaysia diunjurkan mampu menjimatkan penggunaan tenaga yang dianggarkan berjumlah 2,017  juta Gigajoule atau bersamaan RM97.1 bilion.

“Ia secara langsung mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 197,877 kilo tan karbon dioksida,” katanya di Dewan Negara di sini hari ini.

Fadillah menjawab soalan Senator Susan Chemerai Anding yang ingin tahu visi jangka panjang bagi peralihan tenaga Malaysia dan bagaimana visi itu dianggap selaras dengan matlamat iklim global seperti Perjanjian Iklim Paris.

Semenatara itu Fadillah memaklumkan kerajaan menyasarkan peningkatan campuran kapasiti terpasang penjanaan sumber tenaga boleh baharu (TBB) dalam sistem pembekalan elektrik kepada 70 peratus menjelang 2050.

Jelas beliau peningkatan TBB disasar mencapai 31 peratus pada 2025 dan 40 peratus pada 2035 berbanding capaian semasa 26 peratus.

“Peningkatan sasaran ini akan disokong menerusi pelaksanaan program TBB seperti Large Scale Solar (LSS), Feed-in Tariff (FiT), Net Energy Metering (NEM), Self Consumption (Selco), New Enhanced Despatch Arrangement (NEDA) dan Corporate Green Power Program (CGPP),” katanya.

Pada masa sama, beliau turut memaklumkan kementerian dan Suruhanjaya Tenaga sedang memuktamadkan kerangka pelaksanaan akses grid terbuka bagi membenarkan capaian bekalan elektrik hijau melalui pihak ketiga diperolehi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan