Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kawasan Pantai Damai yang menjadi lokasi pengajuran RWMF dicadangkan agar dijadikan kawasan Zon Perdagangan Bebas baharu di Malaysia. Foto, TVS.

Dewan Negara: Jadikan Pantai Damai dan Bintulu sebagai Zon Perdagangan Bebas baharu di Malaysia

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 25 Julai: Senator Datuk Ahmad Ibrahim mencadangkan agar Kerajaan Persekutuan mewujudkan Zon Perdagangan Bebas di Sarawak bagi memacu pertumbuhan ekonomi wilayah berkenaan.

Ahmad berkata, antara kawasan yang sesuai untuk melaksanakan zon itu termasuk Pantai Damai di Santubong dan Bintulu yang memiliki tarikan tersendiri yang harus dipromosikan.

Jelas beliau kedua – dua kawasan itu memiliki kelebihan sudut geografi serta pada masa sama dapat meningkatkan pelancongan di Sarawak.

“Kita ambil contoh di China mereka memiliki sebanyak 21 kawasan zon perdagangan bebas (dan) di Sarawak (kita) berada di landasan tepat untuk pacu ekonomi negara kerana Sarawak akan jadi hub hidrogen menjelang 2027.

“Maka inilah masanya untuk Kerajaan Persekutuan teliti supaya dapat dibawa dan diangkat (Pantai Damai dan Bintulu masuk) dalam senarai terbaharu zon bebas cukai,” katanya ketika perbahasan Rang Undang-undang Zon Bebas (Pindaan) 2024 di Dewan Negara hari ini.

Tambah Ahmad di Pantai Damai pada setiap tahun dianjurkan Rainforest World Music Festival (RMWF) yang menjadi tarikan pengunjung dalam dan luar negara.

“Kawasan itu strategik (kerana terletak) di kaki Gunung Santubong (dan perlu) dimanfaatkan sebaiknya.

“Di Bintulu, kita ada hub hidrogen yang memberi nilai tambah kepada Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE),” katanya.

Menurutnya kerajaan boleh mencontohi pendekatan China yang mempelbagai sektor ekonomi mereka dan tidak hanya bergantung kepada bidang tertentu sahaja.

“Di Hunan, China, fokus zon bebas cukai mereka merangkumi teknologi hijau dan tenaga boleh diperbaharui.

“(Oleh itu) saya berharap supaya pindaan ini dapat beri manfaat kepada negara sekali gus jadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan terkemuka di rantau ini,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan