Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Fadillah Yusof menjawab pertanyaan berkenaan dasar peralihan tenaga negara di Dewan Negara hari ini. Foto, TVS.

Dewan Negara: Geran Audit Tenaga Bersyarat diperkenal, realisasi visi peralihan tenaga negara

ByRegina Lee

KUALA LUMPUR, 25 Julai: Kerajaan memperkenalkan program Geran Audit Tenaga Bersyarat (EACG 2.0) sebagai langkah awal merealisasikan visi peralihan tenaga negara menjelang 2050.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, peruntukan geran itu menggalakkan sektor sektor komersial dan perindustrian bekerjasama dengan Syarikat Perkhidmatan Tenaga (ESCO) tempatan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga untuk menjalankan audit tenaga di bangunan mereka.

Dewan Negara: Malaysia mampu jimat RM97.1 bilion susulan penguatkuasaan Akta Kecekapan Tenaga

“Setakat ini peruntukan geran adalah sebanyak RM18 juta dan beberapa sektor (komersial dan industri) telah melakukan permohonan.

“Penggunaan tenaga di bangunan mereka akan diaudit dan hasil laporan akan memberi rekomendasi langkah-langkah yang boleh dilaksanakan untuk menjimatkan penggunaan tenaga,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Dewan Negara: Malaysia mampu jimat RM97.1 bilion susulan penguatkuasaan Akta Kecekapan Tenaga

Beliaju menjawab soalan tambahan Senator Susan Chemerai Anding yang ingin tahu visi jangka panjang bagi peralihan tenaga Malaysia dan bagaimana visi itu dianggap selaras dengan matlamat iklim global seperti Perjanjian Iklim Paris.

Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berkata, loji rawatan air dan loji rawatan kumbahan antara sektor komersial dan perindustrian yang telah dikenal pasti menggunakan sumber tenaga yang banyak.

Sementera itu beliau turut memaklumkan kerajaan memberi rebat RM400 kepada pengguna yang membeli peralatan elektrik bertenaga efisien seperti penghawa dingin dan peti ais bertaraf empat atau lima bintang.

“Selain itu, kita juga perkenalkan program solar terapung di atas, di samping solar di atas darat atau bumbung serta penstoran tenaga melalu bateri dan sebagainya,” katanya.

Untuk rekod, kerajaan meluluskan jumlah peruntukan pada tahun lepas sebanyak RM5.2 juta dan sebanyak 79 permohonan dibuat oleh sektor komersial dan perindustrian. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan