Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Skuad Bola Sepak Bawah 19 Tahun (B-19) dalam perlawanan menentang Thailand dan berjaya mara ke separuh akhir selepas menjadi juara kumpulan C Kejohanan ASEAN B-19 2024 di Surabaya, Indonesia. Foto FAM

B-19 ASEAN 2024: Skuad bola sepak B-19 muncul juara Kumpulan C

ByBernama

JAKARTA, 25 Julai: Skuad bola sepak bawah 19 (B-19) tahun negara menutup aksi peringkat kumpulan Kejuaraan B-19 ASEAN 2024 dengan bergelar juara biarpun terikat 1-1 dengan Thailand di Stadium Gelora Bung Tomo di Surabaya, Indonesia hari ini.

Dalam aksi pelengkap Kumpulan C itu, rekod baik anak buah Juan Torres Gorrido yang mencatat dua kemenangan tanpa dibolosi sepanjang saingan kumpulan akhirnya tercalar dengan keputusan seri itu.

Thailand terlebih dahulu berada di hadapan menerusi jaringan Caelan Ryan seawal minit keempat.

Bersambung babak kedua, G. Pavithran berjaya menyamakan kedudukan buat skuad Harimau Muda menerusi sepakan penalti pada minit ke-48 dan keputusan kekal sehingga wisel penamat.

Keputusan tersebut menyaksikan skuad muda kebangsaan kekal menerajui Kumpulan C berkongsi tujuh mata dengan Thailand di tangga kedua dengan dipisahkan perbezaan jaringan, manakala Singapura (3 mata) dan Brunei (0 mata) masing-masing berada di tangga ketiga dan keempat.

Skuad negara dijadualkan bertemu tuan rumah Indonesia di separuh akhir Sabtu ini selepas pasukan itu menerajui saingan Kumpulan B dengan mencatat tiga kemenangan.

Malaysia memulakan kempen kejuaraan itu dengan bergaya selepas membelasah Brunei 11-0 pada 19 Julai lepas diikuti Singapura 5-0 pada Selasa. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan