Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua rumah di Kampung Bako, Kuching musnah dalam kebakaran awal pagi ini. Foto Bomba dan Penyelamat

16 penghuni hilang tempat tinggal, tiga rumah hangus di Kampung Bako

BySaibi Gi

KUCHING, 25 Julai: Tiga rumah di Kampung Bako di sini musnah dalam kebakaran awal pagi ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Sarawak yang menerima panggilan pada 1.58 pagi, menerusi jurucakapnya berkata rumah-rumah itu didiami 16 penghuni.

“Kesemua penghuni dilaporkan selamat,” katanya menerusi kenyataan.

Sebuah rumah didiami 14 penghuni, satu lagi dihuni dua warga pasangan warga emas manakala sebuah rumah lagi tiada penghuni.

Empat motosikal turut terbakar dalam kebakaran itu.

Sejurus menerima panggilan, sepasukan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tabuan Jaya digerakkan ke lokasi.

“Kerja-kerja pemadaman dilakukan bersama Pasukan Bomba Sukarela Kampung Bako,” katanya.

Punca kebakaran masih dalam siasatan.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan