Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (MUT) Sarawak Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi bersama pelajar di Program Pungut Sampah Sambil Berjalan dan Kempen Saliran Air Bersih di Kuching pada Rabu. Foto TVS

Sungai Bintangor jadi kayu ukur kebersihan sungai lain – Dr Abdul Rahman

KUCHING, 24 Julai: Sungai Bintangor di Jalan Datuk Ajibah Abol merupakan kayu ukur kepada warga Bandaraya ini memelihara sungai-sungai lain di negeri ini, kata Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi.

Menurut Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (MUT) Sarawak itu berkata dengan mencontohi sungai berkenaan kadar pencemaran dapat dikurangkan sekali gus dapat meningkatkan kualiti kebersihan Sungai Sarawak.

“Kita perlu ada satu kolaborasi untuk bersama-sama membantu membangunkan kebersihan, meningkatkan kebersihan Sungai Bintangor ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Pungut Sampah Sambil Berjalan dan Kempen Saliran Air Bersih di Kuching pada Rabu.

Bercakap mengenai program hari ini, Dr. Abdul Rahman menyifatkan program berkenaan memupuk kesedaran dan kepekaan dalam kalangan orang awam terhadap penjagaan alam sekitar terutama pemeliharaan dan pemuliharaan sungai.

Tambahnya program anjuran Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) tersebut merupakan inisiatif DBKU serta agensi-agensi kerajaan dan orang awam dalam memastikan kebersihan serta kelestarian sungai di Sarawak terjamin untuk generasi akan datang.

Seramai lebih 150 orang pelajar daripada institusi-institusi pengajian tinggi sekitar Kuching terlibat dalam program pagi tadi dan sebanyak lebih 100 kilogram sampah berjaya dipungut.

Selain ‘Plogging Walk’, program lain yang dianjurkan bersempena Bulan Kebersihan Bandaraya Kuching 2024 termasuklah Jerayawara Bulan Kebersihan dan Jom ke Taman Botani.

Hadir sama Datuk Bandar DBKU, Hilmy Othman, Pengarah DBKU, Mohamed Khaidir Abang dan Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Samat Gany.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan