Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perancangan kewangan yang bernas dalam kalangan pengguna akan membantu mengurangkan kuasa sentimen pasaran untuk memanipulasi harga barangan. Foto: AFO

Sikap bijak berbelanja kurangkan sentimen pasaran, manipulasi harga

ByAmirah Shawel

KUCHING, 24 Julai: Perancangan kewangan yang bernas dalam kalangan pengguna akan membantu mengurangkan kuasa sentimen pasaran untuk memanipulasi harga barangan.

Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Dr Dzul Hadzwan Husaini berkata sikap bijak berbelanja akan memberi tekanan kepada pasaran menjadi lebih responsif terhadap aktiviti jual beli pengguna.

Menurutnya, suara yang kolektif membangkitkan isu harga barangan adalah lebih efektif dalam memberi tekanan kepada pasaran untuk menjadi lebih responsif terhadap gelagat pengguna, seterusnya dapat mengurangkan kadar inflasi yang membebankan rakyat.

“Suara tindakan pengguna akan lebih didengari dan memberi impak jika disuarakan dalam sebentuk sekumpulan besar.

“Seperti kuasa kempen boikot yang digerakkan sekumpulan badan bukan kerajaan (NGO) terhadap barangan berkaitan Israel menampakkan kesan yang signifikan di seluruh dunia,” katanya ketika dihubungi TVS.

Beliau berkata demikian bagi mengulas pengumuman Jabatan Perangkaan (DOSM) berkaitan kadar inflasi negara yang kekal dua peratus pada Jun 2024 dengan mata indeks mencatatkan 133.0.

Terdahulu, DOSM berkata pertumbuhan ini dipengaruhi oleh restoran dan perkhidmatan penginapan (3.3 peratus) dan perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain (3.2 peratus).

Sehubungan itu, beliau menggesa Persatuan-Persatuan Pengguna untuk melaksanakan pembaharuan pengurusan dan memanfaatkan teknologi terkini seperti media sosial.

Menurutnya, inisiatif itu penting dalam memastikan kebajikan dan kesejahteraan pengguna tidak diperkecil sewenangnya oleh pihak tertentu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan