Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Ketua Pustakawan UiTM Sarawak bersama Pengarah Hospital Umum Sarawak melawat tapak pameran UiTM 25 tahun sebagai universiti. Foto: UiTM Sarawak

PTAR UiTM Sarawak komited sokong pembelajaran sepanjang hayat

ByMuqri Aziz

KUCHING, 24 Julai: Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Univesiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak komited menyokong konsep pembelajaran sepanjang hayat melalui peningkatan kemahiran pencarian maklumat dalam meneroka cabang ilmu pengetahuan.

Timbalan Ketua Pustakawan UiTM Sarawak, Nur Afeqah Abdullah berkata peranan perpustakaan pada hari ini dilihat lebih mencabar berikutan perpustakaan bertanggungjawab dalam mempromosikan pembelajaran sepanjang hayat.

“Konsep yang diterapkan dapat mendorong dan memupuk budaya inovasi yang boleh membantu pembangunan ekonomi, melalui pelbagai kaedah yang dipelajari daripada konsep pembelajaran yang disediakan oleh perpustakaan,” katanya menerusi satu kenyataan media hari ini.

Sehubungan itu, PTAR UiTM Sarawak telah berkolaboratif bersama Pusat Sumber Maklumat, Hospital Umum Sarawak (HUS), Pustaka Sarawak dan Arkib Negara Malaysia Negeri Sarawak dalam menganjurkan program “Merentasi Perbezaan, Menyatukan Hubungan” sempena sambutan Hari Sarawak di UiTM Kampus Samarahan baru-baru ini.

Program tersebut diselitkan dengan program-program berkenaan Hari Sarawak seperti Speed Reading, Pameran Hari Sarawak, Mini Quiz, pameran daripada Pustaka Sarawak dan Arkib Negara Malaysia Negeri Sarawak.

Turut hadir Pengarah HUS Dr. Ngian Hie Ung dan Pustakawan Pusat Sumber Maklumat Philomena Septimus Amit yang turut melawat tapak pameran yang disediakan iaitu Pameran UiTM 25 tahun sebagai Universiti, pameran Hari Sarawak dan pameran oleh Pustaka Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan