Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun cedera parah pada wajah selepas terbabit kemalangan di Lebuh Farquhar berhampiran Sekolah Menengah Kebangsanan St Xavier di sini semalam. Foto Media sosial

Muka pelajar cedera parah terlibat kemalangan

GEORGE TOWN, 24 Julai: Seorang pelajar lelaki tingkatan tiga mengalami kecederaan parah pada muka selepas motosikal ditunggangi terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Lebuh Farquhar berhampiran Sekolah Menengah Kebangsanan St Xavier di sini, pada Rabu.

Kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu berlaku semasa mangsa berusia 15 tahun menunggang motosikal jenis Honda Vario dari arah Lebuh Light.

Difahamkan sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal tersebut telah melanggar kereta jenis Perodua Myvi dipandu wanita berusia 49 tahun yang sedang berhenti di bahu jalan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner (ACP) Razlam Ab Hamid berkata, siasatan mendapati mangsa tidak mempunyai lesen memandu.

“Mangsa telah dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang dan akan menjalani pembedahan (pada wajah) akibat cedera parah.

“Kes akan disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya kepada pemberita hari ini.

Sementara itu, rakaman video yang memaparkan keadaan mangsa yang mengalami kecederaan teruk sehingga hidung dan mulutnya terkoyak tular di media sosial. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan