Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mayat dipercayai seorang lelaki tanpa identiti ditemukan dalam keadaan terapung di Sungai Jertih tidak jauh dari Masjid Hadhari, di sini pagi tadi. Foto media sosial

Mayat dijumpai terapung di Sungai Jertih

ByBernama

JERTIH, 24 Julai: Mayat dipercayai seorang lelaki tanpa identiti ditemukan dalam keadaan terapung di Sungai Jertih tidak jauh dari Masjid Hadhari, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Abdul Rozak Muhammad berkata pihaknya menerima laporan penemuan mayat berkenaan pada 9.30 pagi daripada seorang lelaki yang sedang memancing.

“Mayat berpakaian lengkap dengan kain pelikat itu dipercayai telah meninggal dunia lebih 24 jam berdasarkan keadaan yang telah bengkak.

“Identiti mayat belum diketahui kerana polis tidak menjumpai sebarang dokumen pengenalan diri pada mangsa.

“Siasatan awal tidak menemukan sebarang unsur jenayah yang menyebabkan kematian mangsa,” katanya.

Abdul Rozak berkata mayat berkenaan dihantar ke Unit Forensik Hospital Besut untuk bedah siasat dan setakat ini pihaknya mengklasifikasi kes itu sebagai mati mengejut. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan