Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anjing Husky itu kini berada di bawah jagaan DVS serta dalam keadaan baik dan sihat. Foto hiasan Envato

Mahkamah tetap 19 Ogos dengar kes dera anjing Husky

ByBernama

PUTRAJAYA, 24 Julai: Kertas siasatan berhubung kes dera anjing baka Husky di sebuah kondominium di Kajang sudah pun lengkap dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya, menurut kenyataan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS).

Dalam kenyataan di sini hari ini, DVS turut memaklumkan mahkamah menetapkan 19 Ogos depan bagi mendengar kes berkenaan.

Anjing Husky itu kini berada di bawah jagaan DVS serta dalam keadaan baik dan sihat.

Susulan itu, DVS menasihati orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung keadaan anjing berkenaan sehingga kes didengar di mahkamah.

Sebelum ini, pada 4 Julai DVS dilaporkan berkata kertas siasatan dibuka untuk siasatan di bawah perenggan 29(1)(a) Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) dan sekiranya didapati bersalah boleh didenda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan