Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang guru mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menggunakan kekerasan terhadap seorang kanak-kanak lelaki autistik di sebuah pusat penjagaan kanak-kanak istimewa, minggu lepas. Foto hiasan Envato

Guru didakwa lakukan kekerasan terhadap kanak-kanak autistik

ByBernama

PETALING JAYA, 24 Julai: Seorang guru mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menggunakan kekerasan terhadap seorang kanak-kanak lelaki autistik di sebuah pusat penjagaan kanak-kanak istimewa, minggu lepas.

M. Thinesh, 33, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap kanak-kanak lelaki berusia enam tahun di pusat jagaan berkenaan di sini pada 11.50 pagi, 16 Julai lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 352 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga bulan atau denda maksimum RM1,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Asmaa’ Zamri menawarkan jaminan RM1,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan tertuduh tidak mengganggu mangsa sehingga kes selesai.

Peguam Y. Sharvin Nair mewakili Thinesh tidak membantah syarat tambahan dan jumlah jaminan dicadangkan pihak pendakwaan.

Majistret Shahril Anuar Ahmad Mustapha membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan seperti dipohon pihak pendakwaan dan menetapkan 27 Ogos ini untuk sebutan kes.

Media sebelum ini melaporkan seorang guru direman tujuh hari sehingga esok susulan laporan polis berhubung kejadian seorang guru disyaki memukul, menendang dan menarik seorang kanak-kanak lelaki autistik sehingga terjatuh daripada kerusi di sebuah pusat jagaan. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan