Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) lemas ketika mandi di Air Terjun Lubuk Kain di Kampung Shukur, Dungun tengah hari tadi. Foto BBP Al Muktafi Billal Shah

Dua penuntut IPT lemas ketika mandi air terjun

ByBernama

KUALA TERENGGANU, 24 Julai: Dua penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) lemas ketika mandi di Air Terjun Lubuk Kain di Kampung Shukur, Dungun tengah hari tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Al Muktafi Billal Shah (AMBS) Sharifuddin Ali berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 12.36 tengah hari sebelum menggerakkan sembilan anggota dan tiga jentera ke lokasi.

“Bomba menerima maklumat daripada orang awam memaklumkan tujuh lelaki dewasa yang juga penuntut IPT di Kuantan, Pahang mandi di kawasan berkenaan.

“Didapati dua mangsa lemas, manakala lima yang lain selamat. Kedua-dua mangsa ditemukan oleh orang awam pada kedalaman 10 meter di dasar lubuk sebelum pihak bomba tiba di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Sharifuddin berkata mangsa yang kedua-duanya berumur 20 tahun itu dikenali sebagai Muhammad Danial Danish Kamal dan Nor Mukhriz Nor Mohamad.

Mayat kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan