Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rubiah menjawab pertanyaan berkaitan projek tanam semula di perkampungan Orang Asli di seluruh negara. Foto, Jabatan Penerangan Malaysia.

Dewan Rakyat: Pembangunan TSL Orang Asli berdasarkan ladang sedia ada

ByRegina Lee

KUALA LUMPUR, 24 Julai: Program pelaksanaan Tanam Semula Ladang (TSL) Orang Asli yang dibangunkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) melalui Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) adalah berdasarkan ladang-ladang sedia ada yang dibangunkan sebelum ini.

Timbalan Menteri di KKDW, Datuk Rubiah Wang berkata program itu tidak mengikut jumlah keseluruhan Kampung Orang Asli (KOA) berikutan beberapa faktor pelaksanaan.

Kata beliau ini termasuk pembangunan TSL ini perlu mengambil kira status pemilikan tanah.

“Sekiranya pembangunan ladang sawit ini perlu dilaksanakan di kawasan yang belum diwartakan di bawah Akta 134, kebenaran pihak berkuasa negeri perlu diperolehi terlebih dahulu.

“Kedua, pelaksanaan program TSL juga bergantung kepada peruntukan yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan.

“Ketiga, pelaksanaan Tanaman Semula Komersial (TSK) kelapa sawit juga bergantung kepada kesesuaian lokasi dan faktor ekonomik KOA yang ingin dibangunkan ladang,” katanya di Dewan Negara, hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Ajis Sitin yang ingin tahu bila kerajaan akan melengkapkan pembangunan Tanaman Semula Komersial (TSK) Kelapa Sawit kepada keseluruhan 853 perkampungan Orang Asli di seluruh negara.

Sementara itu Rubiah memaklumkan, pada tahun ini JAKOA dengan kerjasama Pihak Berkuasa Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) serta Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) telah membangunkan sebanyak 205 projek pembangunan Ladang Orang Asli dengan keluasan sejumlah 30,545.4 hektar.

Tambah beliau, TSL itu memberi fokus kepada ladang-ladang yang sudah melebihi umur produktif dan penghasilan yang ekonomi bagi memastikan peserta ladang masih menerima manfaat bayaran dividen dengan kadar yang bersesuaian. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan