Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Hasil pengeluaran padi bukit dan padi huma di Sabah dan Sarawak mencapai 52,966 tan metrik pada tahun lepas, Dewan Negara dimaklumkan hari ini. Foto hiasan, Envato.

Dewan Negara: Sabah, Sarawak hasilkan 52,966 tan metrik padi bukit dan padi huma

ByRegina Lee

KUALA LUMPUR, 24 Julai: Hasil pengeluaran padi bukit dan padi huma di Sabah dan Sarawak mencapai 52,966 tan metrik pada tahun lepas, Dewan Negara dimaklumkan hari ini.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, hasil itu dituai di kawasan penanaman seluas 42,534 hektar.

Tambah beliau, seramai 38,877 orang pesawah di kedua – dua wilayah berkenaan terlibat dalam sektor pertanian berkenaan.

“Di Sabah kawasan penanaman adalah 13,266 hektar dengan pengeluaran hasil 30,424 tan metrik. Ini diusahakan oleh seramai 15,617 orang pesawah.

“Manakala Sarawak pula memiliki kawasan penanaman seluas 29,268 hektar dengan pengeluaran hasil mencecah 22,542 tan serta melibatkan seramai 23,260 orang pesawah,” katanya.

Beliau menjawab pertanyaan Senator Datuk Bobbey Suan yang ingin tahu status perkembangan pelaksanaan inisiatif RM50 juta untuk memajukan padi huma di Malaysia Timur.

Berkenaan peruntukan berkenaan, Arthur Joseph menjelasan ia digunakan untuk program Subsidi Baja dan Racun Padi Bukit sebagai usaha untuk memajukan lagi penanaman padi bukit dan padi huma pada masa akan datang.

Tumpuan utama program itu katanya adalah di kawasan penanaman padi bukit atau padi huma khususnya bagi Sabah dan Sarawak.

“Justeru, pelaksanaan program Subsidi Baja dan Racun Padi Bukit pada tahun ini dijangka akan memberi manfaat kepada lebih kurang 43,000 orang pesawah yang mengusahakan tanaman padi bukit atau padi huma di Sabah dan Sarawak,” katanya lagi.

Program berkenaan meliputi pembekalan input pertanian seperti baja sebatian, baja urea cair dan racun rumpai yang mana pembekalan dan penghantaran input pertanian dijangka akan dilaksanakan sebelum musim penanaman padi yang akan bermula pada Ogos ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan