Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Dr Noraini Ahmad menjawab soalan berkaitan usaha memperkasa usahawan wanita di Dewan Negara hari ini. Foto, Jabatan Penerangan Malaysia.

Dewan Negara: KPWKM perkenal Program Wanita Dinamik bantu perkasa wanita

ByAkma Salleh

KUALA LUMPUR, 24 Julai: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Yayasan Kebajikan Negara (YKN) telah memperkenalkan Progran Wanita Dinamik sebagai penambahbaikan kepada Program Wanita Bangkit@KPWKM MyKasih Kapital.

Timbalan Menterinya Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, program tersebut mempunyai penambahan baharu yang menggabungkan elemen ekonomi, keselamatan dan kesihatan.

Jelas beliau, kesemua elemen berkenaan sangat penting untuk memperkasa golongan wanita secara holistik.

“KPWKM telah mengambil insiatif dan merangka perancangan jangka masa panjang agar peserta Program Wanita Dinamik dapat dibantu dalam perniagaan yang diceburi. Antaranya adalah seperti menyediakan Kiosk KASIH YKN sebagai projek rintis di Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“(Kita menyediakan) platform pemasaran produk yang dilaksanakan dengan kerjasama syarikat korporat seperti Pasaran Malaysia Berhad, Permodalan Nasional Berhad, Alliance Islamic Bank dan Public Islamic Bank yang menyediakan tapak niaga,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Senator Datuk Dr Azhar Ahmad yang ingin tahu perancangan jangka panjang yang dirangka bagi memastikan peserta Program Wanita Bangkit@KPWKM MyKasih Kapital memperoleh kejayaan dalam perniagaan yang diceburi.

Mengulas lanjut Noraini berkata, pihaknya juga bekerjasama dengan Giatmara Kuala Lumpur dan Kolej Komuniti Selayang menyediakan kursus jangka pendek kepada peserta untuk memasarkan produk.

“Kita juga bekerjasama dengan agensi KPWKM dalam bimbingan keusahawanan latihan serta meningkatkan pengetahuan peserta dalam perniagaan dengan menghubungkan peserta kepada program penjanaan pendapatan di bawah Jabatan Pembangunan Wanita (JPW).

“Kerjasama dengan rakan strategik KPWKM iaitu PERKESO pula bertujuan untuk memberi pendedahan serta membimbing peserta melalui skim keselamatan sosial suri rumah dan skim keselamatan pekerjaan,” katanya lagi. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan