Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Warga emas yang hilang ketika mencari sayur hutan pada Isnin ditemukan mati, hari ini. Foto JBPM

Warga emas hilang ketika mencari sayur ditemukan mati

ByYazid Ibrahim

KUCHING, 23 Julai: Seorang warga emas yang hilang di Kampung Beradau, Serian sejak Isnin ditemukan mati hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berkata mangsa yang meninggal dunia, Lucian Singip, 60, hilang di hutan ketika mencari sayur hutan.

“Mangsa tidak pulang ke rumah sejak 6 petang semalam, susulan kejadian itu pihak bomba telah mengerahkan anggotanya bagi mencari dan menyelamat mangsa,” katanya menerusi kenyataan.

Mangsa berjaya dijumpai pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira 200 meter dari pusat kawalan bomba.

“Pihak Kementerian Kesihatan tiba dilokasi dan mengesahkan mangsa meninggal dunia,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan