Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek (dua, kanan) beramah mesra bersama pelajar kurang upaya cacat penglihatan dari Kolej Tingkatan Enam Haji Zainal Abidin Georgetown, Pulau Pinang Tan Jun Sheng (kanan) dan Sekolah St John’s Institution Kuala Lumpur Muhamad Rafiuddin Mohamad Hisham (empat, kanan) pada Majlis Anugerah Pelajar Terbaik Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia (MUET) 2023 di sini, hari ini. Turut hadir Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman (tiga, kanan). Foto Bernama

STPM 2023 catat PNGK nasional 2.84, tertinggi sejak dilaksanakan

KUALA LUMPUR, 23 Julai: Keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2023 mencatatkan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) nasional 2.84, tertinggi sejak peperiksaan itu dilaksanakan.

Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman berkata angka itu merupakan peningkatan 0.02 mata daripada 2.82 yang direkod pada tahun sebelumnya.

Selain itu beliau berkata seramai 1,116 calon atau 2.7 peratus meraih PNGK 4.00 iaitu penurunan 68 calon berbanding 1,184 pada 2022.

“Daripada 1,116 calon ini, seramai 803 calon atau 71.95 peratus daripadanya adalah dari kategori B40,” katanya pada sidang media pengumuman Keputusan STPM 2023 di sini hari ini.

Mohd Ekhwan berkata dari segi pencapaian PNGK secara keseluruhannya, calon STPM 2023 yang memperoleh PNGK 3.75 dan ke atas ialah 10 peratus manakala PNGK 3.00 dan ke atas ialah 44.82 peratus.

Bagi PNGK 2.75 dan ke atas ialah 58.79 peratus dan PNGK 2.00 dan ke atas ialah 90.08 peratus, meningkat berbanding tahun 2022,” katanya.

Beliau berkata seramai 42,908 calon telah mendaftar untuk menduduki STPM 2023 namun hanya 41,548 orang hadir untuk menduduki peperiksaan.

“Daripada 41,548 calon yang hadir, sebanyak 99.93 peratus atau 41,520 calon layak dianugerahkan Sijil STPM 2023, manakala hanya 0.07 peratus atau 28 calon sahaja tidak layak mendapat sijil ini,” katanya.

Ditanya mengenai 1,360 calon yang tidak hadir peperiksaan, beliau berkata hal itu disebabkan beberapa faktor seperti calon telah mendapat pekerjaan, menyambung pelajaran ke peringkat diploma atau program lain, sakit atau meninggal dunia.

Dalam pada itu Mohd Ekhwan berkata MPM telah memilih 17 pelajar terbaik mengikut kategori untuk diberikan anugerah berbentuk wang tunai bernilai RM1,000, plak serta sijil yang akan disampaikan oleh Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, hari ini.

Beliau berkata kategori berkenaan melibatkan lima pelajar terbaik aliran sains, lima pelajar terbaik aliran sains sosial dan dua pelajar terbaik kategori Orang Asli.

“Lima pelajar terbaik bagi setiap kategori calon Berkeperluan Pendidikan Khas iaitu buta (dua orang), rabun, autistik dan spastik,” kata Mohd Ekhwan yang juga Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia.

Calon STPM 2023 boleh menyemak keputusan menerusi pautan http://stpm.mpm.edu.my/stpmK dan sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menaip STPM/No. Kad Pengenalan/Angka Giliran dan hantar ke 15888 bermula 11.30 pagi ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan