Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Julaihi Narawi (empat kanan) bersama Awang Fadillah Awang Reduan dan pegawai lain ketika mengadakan lawatan ke tapak projek bekalan air di Maskat, Bintulu, hari ini.

Projek bekalan air Maskat hampir siap

BySaibi Gi

BINTULU, 23 Julai: Stesen pam penggalak, tangki air dan sistem saluran paip di Maskat di sini hampir siap dengan tahap kemajuannya 97.43 peratus.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Dato Sri Julaihi Narawi yang mengadakan lawatan ke tapak projek itu hari ini berkata projek itu kini masih di peringkat ujian dan pentauliahan.

“Ia memberi faedah kepada 37 rumah panjang yang mempunyai penduduk seramai 3,745 orang. Kawasan terbabit ialah kawasan parlimen Bintulu dan kawasan Dewan Undangan Negeri Kemena dan Samalaju,” katanya menerusi kenyataan.

Menurutnya, projek air ini adalah sebahagian daripada Sistem Grid Bekalan Air Sarawak yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Sarawak dengan mengguna peruntukan Kerajaan Sarawak sendiri.

Projek ini bermatlamat memastikan kestabilan bekalan air serta kualiti air di kawasan ini.

Projek ini yang dibina dengan kos hampir RM38 juta merangkumi tangki air baharu berkapasiti dua juta liter dan sistem paip bersaiz 450 milimeter dari Loji Rawatan Air Nyabau ke Simpang Sebauh sejauh 18 kilometer.

“Ia turut merangkumi stesen pam penggalak dan pemasangan saluran paip 160 milimeter ke rumah-rumah panjang di kawasan berkenaan,” katanya.

Turut serta dalam lawatan itu, Pengarah Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Awang Fadillah Awang Reduan.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan