Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tiga lelaki termasuk seorang warga Indonesia ditahan disyaki terlibat kejadian rusuhan di tapak pasar malam Sibu di Jalan Cross, semalam. Foto Media sosial

Polis tahan tiga lelaki terlibat kes rusuhan di pasar malam Sibu

SIBU, 23 Julai: Tiga lelaki termasuk seorang warga Indonesia ditahan disyaki terlibat kejadian rusuhan di tapak pasar malam Sibu di Jalan Cross, semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili dalam kenyataan hari ini berkata tangkapan ke atas ketiga-tiga lelaki berusia 31 dan 35 tahun itu dibuat sejurus menerima laporan kejadian berkenaan pada 8.46 malam.

Beliau berkata semakan polis mendapati kesemua mereka tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan polis kini giat mengesan suspek lain yang masih bebas.

Kejadian dilaporkan berlaku apabila seorang individu yang dipercayai berada dalam keadaan mabuk melakukan gangguan dan merosakkan gerai-gerai jualan di pasar malam berkenaan.

Berang dengan perbuatan tersebut, beberapa individu membelasah suspek menyebabkan dia mengalami kecederaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 427/147 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat terhadap harta benda dan merusuh di tempat awam.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi polis di talian 084-344111 atau pegawai penyiasat Insp Ahmad Zam Zam Ismail di talian 014-9067909. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan