Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
OIC menyatakan bahawa serangan itu melanggar undang-undang antarabangsa dan resolusi, mengecam tentera Israel yang terus menghalang penduduk awam Palestin daripada mendapat makanan, air, rawatan perubatan dan perkhidmatan penting lain. Foto AFP

OIC kecam serangan Israel terhadap konvoi PBB menuju Gaza

ByBernama

GAZA, 23 Julai: Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) pada Isnin mengecam serangan Israel terhadap konvoi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menuju ke Bandar Gaza, lapor Xinhua.

OIC menyatakan bahawa serangan itu melanggar undang-undang antarabangsa dan resolusi, mengecam tentera Israel yang terus menghalang penduduk awam Palestin daripada mendapat makanan, air, rawatan perubatan dan perkhidmatan penting lain.

Pesuruhjaya Agung Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin, Philippe Lazzarini berkata di platform media sosial X pada Isnin bahawa konvoi PBB yang menuju ke Bandar Gaza pada Ahad diserang tentera Israel.

“Walaupun tiada korban jiwa, pasukan kami terpaksa berlindung,” kata Lazzarini sambil menyatakan bahawa pasukan itu memakai jaket PBB dan bergerak dalam kereta perisai PBB yang ditanda dengan jelas.

Satu kenderaan ditembak dengan sekurang-kurangnya lima butir peluru semasa menunggu di hadapan pos pemeriksaan tentera Israel di selatan Wadi Gaza dan mengalami kerosakan teruk, menurut Lazzarini.

Pasukan itu kemudian berkumpul semula dan akhirnya sampai ke Bandar Gaza.

Lazzarini berkata bahawa pergerakan ini juga telah diselaraskan dan diluluskan oleh pihak berkuasa Israel. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan