Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dr Dzul Hadzwan Husaini (gambar kecil) berkata landskap ekonomi baharu menerusi Kompleks Metanol Sarawak menjadikannya destinasi menarik bagi pelaburan asing. Foto TVS

Kompleks Metanol Sarawak bukti keupayaan kendali industri bernilai tinggi

ByAmirah Shawel

KUCHING, 23 Julai: Penyertaan Sarawak ke dalam industri petrokimia melalui pembangunan Kompleks Metanol Sarawak di Bintulu menjadi bukti terhadap keupayaan wilayah itu mengendalikan industri bernilai tinggi.

Pensyarah Kanan Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Dr Dzul Hadzwan Husaini berkata reformasi landskap ekonomi baharu itu menjadikannya destinasi menarik bagi pelaburan asing.

Jelas beliau, syarikat-syarikat global ketika ini tertumpu kepada pelaburan yang mempraktik amalan penerapan teknologi canggih serta mesra alam.

“Pelaburan berkualiti tinggi ini akan mengintegrasikan Sarawak ke dalam rantaian nilai global industri bersifat lestari.

“Dengan menumpukan pada sektor berteknologi tinggi dan mesra alam seperti teknologi rendah karbon, Sarawak menunjukkan kemampuan untuk mengendalikan proses serta aktiviti industri kompleks.

“Apabila syarikat asing melihat kejayaan projek bernilai tinggi di Sarawak, mereka akan lebih terdorong untuk melabur dalam sektor berkaitan,” katanya ketika dihubungi TVS.

Mengulas lanjut, katanya Kompleks Metanol Sarawak akan menjamin sumber pendapatan baharu, seterusnya memakmurkan ekonomi.

Menurutnya dengan sumber sedia ada, infrastruktur dan kepakaran, Sarawak akan membangunkan asas industri yang lebih dinamik.

“Dengan mempelbagai sumber atau sektor ekonomi ke arah penciptaan poembangunan sektor ekonomi bernilai tinggi seperti ini, Sarawak akan mengurangkan kebergantungan ekonomi kepada industri minyak dan gas, serta sektor elektrik dan elektronik,” katanya.

Beliau percaya projek tersebut akan memberi kesan limpakan ekonomi yang positif buat wilayah ini, selain meningkatkan daya tarik sebagai destinasi pelaburan utama yang menyumbang pembangunan ekonomi dalam jangka masa panjang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan