Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kanak-kanak merangkumi satu pertiga daripada mangsa pemerdagangan, yang mengalami penderaan yang tidak dapat digambarkan termasuk dipaksa bekerja, dijual sebagai pengantin perempuan, direkrut sebagai tentera atau dipaksa melakukan aktiviti jenayah Foto hiasan, Envato.

Ketua PBB seru tindakan lebih tegas banteras pemerdagangan kanak-kanak

ByBernama

NEW YORK, 23 Julai: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menyeru agar usaha dipergiatkan untuk melindungi kanak-kanak daripada pemerdagangan manusia dalam mesejnya sempena Hari Antipemerdagangan Orang Sedunia yang disambut setiap tahun pada 30 Julai.

“Pemerdagangan manusia adalah jenayah keji yang menyasarkan golongan paling terdedah dalam masyarakat kita.

“Pada Hari AntiPemerdagangan Orang Sedunia ini, kita memberi tumpuan kepada mereka yang paling terdedah di antara kita, (iaitu) kanak-kanak,” katanya.

Kanak-kanak merangkumi satu pertiga daripada mangsa pemerdagangan, yang mengalami penderaan yang tidak dapat digambarkan termasuk dipaksa bekerja, dijual sebagai pengantin perempuan, direkrut sebagai tentera atau dipaksa melakukan aktiviti jenayah, kata Gutterres.

Ketidaksamaan yang semakin meningkat dan globalisasi telah menyemarakkan rangkaian pemerdagangan yang kompleks, mencabar rangka kerja undang-undang tradisional dan mencipta bentuk perhambaan baharu, kata ketua PBB itu.

Beliau juga berkata platform dalam talian semakin mendedahkan kanak-kanak kepada eksploitasi seksual dan keganasan berasaskan jantina serta membolehkan penjenayah mengeksploitasi mangsa merentasi sempadan.

Menekankan bahawa parut fizikal dan psikologi akibat jenayah ini berlanjutan hingga dewasa hingga merampas kesucian, masa depan dan hak-hak asas mereka, Guterres menegaskan agar memperkukuh respons perlindungan termasuk mekanisme keadilan terhadap kanak-kanak, meningkatkan kesedaran, menyokong dan menyediakan penjagaan untuk mangsa yang tiada penjaga serta menangani punca asas eksploitasi dengan membantu keluarga yang terdedah.

Ketua PBB menyeru kerajaan, masyarakat dan sektor swasta termasuk syarikat teknologi, untuk meningkatkan usaha dan kerjasama mereka supaya tiada kanak-kanak menjadi mangsa.

“Pada hari ini, marilah kita memperbaharui komitmen untuk masa depan agar setiap kanak-kanak selamat dan bebas,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan