Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dalam satu kenyataan yang diterbitkan pada Selasa, ketua pengarah tenaga baharu dan boleh diperbaharui kementerian Eniya Listiani Dewi, berkata percubaan itu bertujuan untuk menguji ketahanan set penjana kereta api Bogowonto selama 1,200 jam. Foto hiasan Envato

Indonesia uji kereta api diesel guna 40 peratus campuran minyak sawit

ByBernama

JAKARTA, 23 Julai: Indonesia telah menjalankan ujian pertama lokomotif diesel yang menggunakan bahan api yang mengandungi 40 peratus minyak sawit, sebagai sebahagian daripada langkah kerajaan untuk meningkatkan penggunaan bahan api biodiesel berasaskan sawit dalam pelbagai jenis pengangkutan, lapor Xinhua.

Program itu yang dikenali sebagai Biodiesel 40 (B40), menguji kebolehlaksanaan bahan api yang lebih bersih yang terdiri daripada 40 peratus asid lemak metil ester (FAME) yang diperoleh daripada minyak sawit mentah dan 60 peratus diesel bahan api fosil. Campuran itu bertujuan untuk menyediakan sumber bahan api alternatif untuk kenderaan.

Dijalankan secara kolaboratif oleh Kementerian Tenaga dan Sumber Mineral negara dan pengendali kereta api milik kerajaan PT KAI, percubaan pada Isnin menggunakan kereta api Bogowonto dalam perjalanan antara stesen Lempuyangan di Yogyakarta dan stesen Pasar Senen di ibu negara Jakarta.

Dalam satu kenyataan yang diterbitkan pada Selasa, ketua pengarah tenaga baharu dan boleh diperbaharui kementerian Eniya Listiani Dewi, berkata percubaan itu bertujuan untuk menguji ketahanan set penjana kereta api Bogowonto selama 1,200 jam.

Dengan anggaran tempoh 22 jam setiap perjalanan pergi balik dari Lempuyangan ke Pasar Senen, Dewi menganggarkan bahawa keputusan akan dicapai dalam masa kira-kira dua bulan.

“Kami berharap semua ujian dapat disiapkan pada Disember ini supaya penggunaan B40 dapat dilaksanakan sepenuhnya pada 2025,” kata Dewi.  – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan