Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lima pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini ditahan polis hari ini bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang pelajar lelaki tingkatan satu yang mendakwa dipukul oleh senior baru-baru ini. Foto Envato.

Empat individu bantu siasatan kes culik kanak-kanak di Iskandar Puteri

ByBernama

JOHOR BAHRU, 23 Julai: Dua lelaki dan dua wanita direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes culik seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun di sebuah pusat beli-belah di Iskandar Puteri, Sabtu lepas.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Suhaili Sapun selepas membenarkan permohonan dikemukakan polis untuk menjalankan siasatan mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan.

Kedua-dua lelaki itu tiba di pekarangan Mahkamah Majistret di sini kira-kira 8.45 pagi dengan berpakaian lokap berwarna ungu dan jingga manakala dua wanita berpakaian lokap berwarna jingga dengan tangan bergari pula tiba 10 minit kemudian diiringi polis.

Semalam, Ketua Polis Johor CP M Kumar dilaporkan berkata tiga individu terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita tempatan berusia antara 28 hingga 55 tahun ditahan di sekitar Iskandar Puteri bagi membantu siasatan kes kehilangan kanak-kanak terbabit.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP M Kumarasan sebelum ini dilapor meminta bantuan orang ramai untuk mengesan kanak-kanak itu yang disedari hilang oleh bapanya di pusat beli-belah berkenaan kira-kira 8.30 malam. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan