Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengarah Yayasan Sarawak, Mersal Abang Rosli merakam kenangan selepas acara penyerahan geran sempena Ekspo Pendidikan Sarawak 2024 di Kuching pada Selasa. Foto TVS

Ekspo Pendidikan Sarawak 2024 di 43 lokasi seluruh negeri Sabtu ini

KUCHING, 23 Julai: Yayasan Sarawak menyediakan peruntukan berjumlah RM675,000 bagi menjayakan Ekspo Pendidikan Sarawak 2024 yang bakal diadakan di 43 lokasi seluruh negeri pada Sabtu ini, 27 Julai 2024.

Pengarahnya, Mersal Abang Rosli berkata, 45 buah pejabat daerah di seluruh negeri akan terlibat sama dalam menjayakan ekspo pendidikan tersebut.

“Yayasan Sarawak telah pun menyalurkan peruntukan kepada 45 buah pejabat daerah seluruh Sarawak untuk membolehkan mereka menjayakan ekspo ini. Ini membabitkan perbelanjaan keseluruhannya sebanyak RM675,000,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media dan penyerahan geran Ekspo Pendidikan Sarawak 2024 di Auditorium Yayasan Sarawak, di sini pada Selasa.

Menurut Mersal lagi, ekspo tersebut bakal memberi manfaat kepada 32,588 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2023 serta calon-calon SPM dan STPM 2024 untuk meneroka peluang pendidikan yang disediakan oleh institusi-institusi pendidikan terlibat.

Tujuh buah institusi pendidikan akan menyertai Ekspo Pendidikan Sarawak 2024 antaranya termasuk Yayasan Sarawak, Swinburne University of Technology Sarawak, Universiti Teknologi Sarawak, Universiti Curtin Malaysia, i-CATS University College, Kolej Laila Taib dan Centre for Technology Excellence Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan