Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penggunaan diesel yang tinggi di Sabah dan Sarawak menjadi faktor kerajaan tidak memasukkan kedua - dua wilayah itu dalam senarai perlaksanaan penyasaran subsidi, Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.

Dewan Negara: Penggunaan diesel di Sabah, Sarawak lebih meluas

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 23 Julai: Penggunaan diesel yang tinggi di Sabah dan Sarawak menjadi faktor kerajaan tidak memasukkan kedua – dua wilayah itu dalam senarai perlaksanaan penyasaran subsidi.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, selain itu pemahaman logistik di Sabah dan Sarawak masih perlu diperhalusi kerana lebih kompleks.

“Subsidi kita (kerajaan) buat penyasaran untuk Semenanjung Malaysia tidak masuk Sabah.

“Penggunaan diesel di sana juga lebih tinggi, ” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Datuk Razali Idris yang ingin tahu sebab sektor perlancongan di Semenanjung Malaysia tidak diberi subsidi berbanding sektor sama di Sabah dan Sarawak.

Berkenaan soal itu Amir Hamzah berkata, sektor pelancongan di Sabah dan Sarawak juga tertakluk kepada pengecualian penyasaran subsidi.

“Mungkin (pemberian subsidi diesel untuk sektor pelancongan di Semenanjung Malaysia) kita akan tengok pada fasa kedua nanti,” katanya.

Berhubung peningkatan kos dihadapi pemain industri pelancongan di Semenanjung Malaysia ekoran penyasaran subsidi diesel, Amir Hamzah berkata, lazimnya kos itu akan ditamping oleh pelancong luar negara.

“Kerajaan mahu sediakan subsidi untuk rakyat Malaysia bukan warga asing,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan