Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebanyak 127, 332 pekerjaan baharu diwujudkan pada tahun lepas hasil pelaburan langsung asing (FDI) dan pelaburan domestik (DDI), Dewan Negara dimaklumkan hari ini. Foto hiasan, Envato.

Dewan Negara: Pelaburan baharu wujudkan 127,332 peluang pekerjaan tahun lepas

ByRegina Lee

KUALA LUMPUR, 23 Julai: Sebanyak 127, 332 pekerjaan baharu diwujudkan pada tahun lepas hasil pelaburan langsung asing (FDI) dan pelaburan domestik (DDI), Dewan Negara dimaklumkan hari ini.

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong berkata, jumlah pelaburan yang diluluskan pada tahun lepas pula adalah sebanyak RM329.5 bilion.

Jelas beliau ini merangkumi 5,101 projek di seluruh negara.

“Daripada jumlah tersebut, FDI menyediakan sebanyak 57.2 peratus peluang pekerjaan baharu dan selebihnya disumbangkan oleh DDI.

“FDI dan DDI saling melengkapi. Permintaan domestik yang kukuh menghasilkan lebih banyak DDI yang seterusnya akan menarik lebih banyak FDI,” katanya.

Beliau menjawab soalan Senator Tan Sri Low Kian Chuan yang ingin tahu mengetahui usaha kerajaan untuk memastikan Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) tempatan mendapat manfaat hasil peningkatan FDI.

Mengulas lanjut, Chin Tong berkata, peningkatan kemasukan FDI mampu memberi peluang perniagaan kepada syarikat-syarikat tempatan terutamanya PMKS.

Sementara itu Chin Tong memaklumkan antara insiatif yang telah dan sedang dilaksanakan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) untuk meningkatkan FDI ialah menubuhkan Pusat Memudahcara Pelaburan Malaysia (IMFC).

“(Selain itu MITI juga) menganjurkan Seminar Pelaburan Tempatan dan SME Investment Desk serta mempergiatkan sesi libat urus dengan pelabur baharu dan pelabur sedia ada.

“MITI turut membangun dan mengukuhkan ekosistem rantaian bekalan tempatan menerusi penganjuran Seminar Rantaian Bekalan (Supply Chain Seminar), yang dapat menghubungkan syarikat tempatan, syarikat multinasional dan syarikat besar domestik,” katanya lagi. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan