Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tentera Bangladesh menurunkan kenderaan berperisai ketika mereka meronda di jalan-jalan untuk menyuraikan penunjuk perasaan anti-kuota di Dhaka pada 20 Julai 2024.

Dewan Negara: 124 pelajar Malaysia ‘terperangkap’ di Bangladesh tiba di KL petang ini

ByAkma Salleh

KUALA LUMPUR, 23 Julai: Seramai 124 pelajar Malaysia yang ‘terperangkap’ di Bangladesh dijangka tiba di Kuala Lumpur, petang ini.

Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin berkata, ini susulan kerajaan telah menghantar sebuah pesawat komersial khas untuk melaksanakan misi membawa pulang rakyat Malaysia yang berada di negara itu pukul 8 pagi tadi.

Jelas beliau, proses evakuasi berkenaan dilaksanakan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) selepas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju untuk melaksanakan misi berkenaan.

“Kita telah berunding dengan syarikat penerbangan AirAsia dan mereka telah menghantar pesawat yang boleh menampung kapasiti penumpang sehingga 350 orang.

“Pada 8 pagi tadi pesawat itu telah tiba di Dhaka, insya n-Allah proses untuk membawa balik seramai 124 orang pelajar dan jika tiada halangan mereka akan tiba di KLIA 2 pada 6 petang hari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Senator Amir Mohd Ghazali yang ingin mengetahui langkah kerajaan untuk menyelamatkan rakyat Malaysia terutama pelajar yang kini terperangkap akibat tunjuk perasaan di Bangladesh.

Sementara itu Mohamad menambah, selain kumpulan pelajar, antara yang diselamatkan dalam misi hari ini termasuklah 10 juruterbang Malaysia yang bekerja di negara berkenaan.

“(Sebenarnya) bukan hanya pelajar (yang dibawa pulang) tetapi juga rakyat kita yang bekerja di Bangladesh, ada lebih kurang 10 orang juruterbang yang bekerja dengan syarikat penerbangan di sana bersama keluarga mereka” katanya.

Tambah beliau, Kementerian Luar amat menitikberatkan keselamatan rakyat Malaysia yang berada di luar negara.

Bangladesh kini menguatkuasakan perintah berkurung selepas protes terhadap sistem kuota kerajaan negara itu untuk jawatan awam semakin memuncak minggu lalu.

Pertempuran tercetus membabitkan kumpulan pelajar dengan pasukan keselamtan di Universiti Dhaka setakat ini telah mengorbankan lebih 100 nyawa.

Kerajaan juga telah memutuskan talian internet. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan