Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
ADUN Senadin, Dato Sri Lee Kim Shin ketika melawat tapak projek Foto TVS

Cadang naik taraf perparitan di Tudan, sudah tidak selamat – Lee

MIRI, 23 Julai: Sistem perparitan di kawasan Tudan di sini dicadang agar dinaik taraf berikutan ia dikhuatiri struktur sedia ada sudah tidak selamat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin, Dato Sri Lee Kim Shin berkata kerja menaik taraf harus dilakukan segera demi keselamatan para penduduk dan pengguna jalan raya.

“Setelah pemeriksaan pagi ini, kita dapati ada kerja yang perlu diperbaiki. Saya telah meminta pegawai daripada Bahagian Kejuruteraan Majlis Bandaraya Miri (MBM) untuk memperbaikinya. Ada perparitan yang tinggal sedikit saja tidak menyambung perparitan lama. Jadi perlu disambung.

“Ada juga yang dekat simpang, yang ada pam air di mana kita perlu untuk membuat curb di tepi jalan itu supaya kereta tak langgar pam air itu,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa melawat tapak projek menaik taraf sistem perparitan di Jalan Melor 1, Tudan Fasa 1 pada Selasa.

Tapak itu merupakan sebahagian daripada projek tersebut menelan kos RM200,000 dengan kepanjangan 181 meter.

Selain itu, projek menaik taraf sistem perparitan juga dilaksanakan di Jalan Melor Tudan dengan kos projek RM439,650 sepanjang 453 meter dan Tudan Lorong Melur 1 dengan kos projek RM367,281 sepanjang 463 meter.

Ketiga-tiga projek terbabit siap dibina pada tahun ini dan menelan kos keseluruhan berjumlah RM1 juta. –TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan