Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pesawat komersial akan memerlukan 674,000 juruterbang, 716,000 juruteknik penyelenggaraan dan 980,000 kru kabin sehingga 2043 untuk mengekalkan rangkaian pesawat global, menurut PTO. Foto hiasan AFP

Boeing ramal 2.4 juta pekerjaan baharu dalam industri penerbangan untuk tempoh 20 tahun

ByBernama

SAN FRANCISCO, 23 Julai: Laporan Tinjauan Juruterbang dan Juruteknik (PTO) Boeing 2024 meramalkan keperluan hampir 2.4 juta golongan profesional baharu dalam industri penerbangan bagi tempoh 20 tahun akan datang.

Hal ini didorong oleh pengembangan rangkaian pesawat komersial global dan peningkatan permintaan perjalanan udara, lapor Xinhua.

Pesawat komersial akan memerlukan 674,000 juruterbang, 716,000 juruteknik penyelenggaraan dan 980,000 kru kabin sehingga 2043 untuk mengekalkan rangkaian pesawat global, menurut PTO.

“Didorong oleh aliran trafik penerbangan yang melebihi paras sebelum pandemik, pengurangan tenaga kerja dan pertumbuhan rangkaian pesawat komersial, permintaan untuk tenaga kerja penerbangan terus meningkat,” kata naib presiden Penyelesaian Latihan Komersial di Boeing Global Services, Chris Broom.

Dua pertiga daripada tenaga kerja baharu akan menggantikan pekerja yang berhenti, manakala satu pertiga akan menyokong pertumbuhan rangkaian pesawat komersial, menurut PTO.

Eurasia, China dan Amerika Utara akan mendorong permintaan lebih daripada separuh tenaga kerja baharu dalam industri ini.

Asia Selatan, Asia Tenggara dan Afrika adalah wilayah yang paling pesat berkembang untuk tenaga kerja dengan permintaan pekerja dijangka meningkat lebih tiga kali ganda dalam tempoh 20 tahun. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan