Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Robert Lau bercakap kepada TVS di lobi Dewan Negara hari ini. Foto, Firdaus Ismail (TVS).

Abang Johari gabungkan idea ekonomi baharu, sumber semula jadi pacu Sarawak

ByAkma Salleh

KUALA LUMPUR, 23 Julai: Sarawak berada di landasan tepat untuk mencapai visi menjadi wilayah maju berpendapatan tinggi pada 2030 di bawah kepimpinan Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Ahli Dewan Negara Senator Robert Lau Hui Yew berkata, kepimpinan Premier Sarawak itu berjaya menggabungkan idea ekonomi baharu dengan kekayaan sumber semula jadi untuk memacu transformasi Sarawak.

“Kita harus berbangga (dengan pencapaian yang dilakar). Kita mempunyai sumber semula jadi yang akan memanfaatkan rakyat dan juga masa depan.

“Saya percaya Sarawak dapat melakukan perkara ini serta mengutamakan pembangunan mampan,” katanya kepada TVS di lobi Dewan Negara di sini hari ini.

Beliau mengulas kejayaan Sarawak melancarkan Kompleks Metanol Sarawak Petchem di Tanjung Kidurong,Bintulu yang bernilai RM7 bilion semalam.

Loji berkenaan akan menjadikan Sarawak sebagai antara pengeluar utama metanol dunia dengan kapasiti pengeluaran boleh mencapai 1.75 juta tan metrik setahun.

Berdasarkan perkembangan berkenaan serta beberapa perancangan ekonomi lain oleh Abang Johari, Robert berkata, pemimpin itu berjaya meletakkan asas kukuh untuk memacu pertumbuhan ekonomi Sarawak.

“Sudah pasti akan memanfaatkan rakyat di wilayah ini.

“Saya sebagai ahli perniagaan lihat kepimpinan Premier Sarawak tidak hanya fokus kepada bandar sahaja tetapi di luar bandar supaya rakyat di sana juga boleh menikmati manfaat,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan