Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datu Dr Azhar Ahmad bersama para pelajar cemerlang STPM 2023 pada Majlis Pengumuman STPM 2023 di Kuching, hari ini. Foto Bernama

88 calon STPM 2023 Sarawak capai PNGK 4.0

KUCHING, 23 Julai: Seramai 88 calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2023 dari Sarawak berjaya mencapai Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00.

Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak Datu Dr Azhar Ahmad berkata selain itu 1,910 orang calon memperoleh PNGK 3.00 hingga 3.99.

Bagi STPM 2023 ini, seramai 5,860 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan STPM 2023 di seluruh negeri Sarawak di 83 pusat berdaftar.

“Jumlah ini meningkat berbanding tahun 2022 yang merekodkan bilangan calon berdaftar sebanyak 5,581 orang,” katanya pada Majlis Pengumuman STPM 2023 di sini, hari ini.

Secara keseluruhan, STPM 2023 merekodkan 5,601 orang calon bersamaan dengan 98.49 peratus berjaya memperoleh lulus penuh berbanding 5,364 orang calon pada tahun 2022.

Daripada keseluruhan jumlah tersebut, 27 calon atau 0.47 peratus mencatatkan kelulusan penuh 5 mata pelajaran (5P); sementara 3,919 calon (68.91 peratus) telah lulus penuh 4 mata pelajaran (4P); 913 calon (16.05 peratus) lulus penuh 3P dan 438 orang calon (7.70 peratus) lulus penuh 2P.

Dalam pada itu, seramai 304 orang calon atau 5.35 peratus telah lulus penuh dalam sekurang-kurangnya satu mata pelajaran atau (1P).

Menurut Azhar, pada tahun 2023, lapan daripada 21 mata pelajaran yang diambil oleh calon-calon sekolah Sarawak mencatatkan kenaikan peratus kelulusah penuh berbanding tahun 2022 manakala mata pelajaran Perakauan mengekalkan peratus kelulusan 100 peratus.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan