Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Enam orang terbunuh dan empat lagi cedera dalam kejadian tembakan di Rumah Orang Tua di Daruvar, timur Croatia, pada Isnin. Foto hiasan Envato

6 terbunuh, 4 cedera dalam tembakan di Croatia

ByBernama

ZAGREB, 23 Julai: Enam orang terbunuh dan empat lagi cedera dalam kejadian tembakan di Rumah Orang Tua di Daruvar, timur Croatia, pada Isnin, menurut polis tempatan, lapor Xinhua.

Polis berkata kejadian tembakan berlaku sekitar jam 10.10 pagi waktu tempatan apabila suspek, seorang bekas polis tentera berusia 51 tahun, Kresimir Pahoki, memasuki premis itu dan melepaskan tembakan, membunuh lima orang di tempat kejadian, termasuk empat penghuni warga emas dan seorang penjaga. Seorang lagi meninggal dunia kemudian akibat kecederaan di hospital.

Antara yang terkorban adalah ibu Pahoki, seorang penghuni di rumah jagaan itu.

Selepas serangan itu, Pahoki dilaporkan berjalan ke sebuah kafe berhampiran, memesan minuman dan menunggu polis untuk menangkapnya, menurut saksi.

Presiden Croatia Zoran Milanovic dan Perdana Menteri Andrej Plenkovic mengutuk serangan itu dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

Milanovic mendoakan agar yang cedera cepat sembuh dan memuji tindakan pantas perkhidmatan perubatan kecemasan. Beliau juga menyeru agar siasatan “cepat dan menyeluruh” dijalankan serta memperketatkan kawalan pemilikan senjata.

Plenkovic meminta pihak berkuasa menentukan semua keadaan jenayah itu. Siasatan sedang dijalankan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan