Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyeru anak Sarawak agar terus bersatu membangunkan wilayah ini.

Tun Wan Junaidi seru anak Sarawak terus bersatu memajukan Sarawak

ByMuqri Aziz

KUCHING, 22 Julai: Sambutan Hari Sarawak yang diraikan hari ini merupakan titik tolak untuk rakyat Sarawak terus bersatu agar dapat mengejar impian menjadikan Sarawak sebuah negeri yang maju menjelang 2030 di Malaysia.

Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata sambutan ini paling bermakna kerana tarikh keramat 22 Julai itu merupakan tarikh anak Sarawak diberi kuasa untuk mentadbir wilayah sendiri genap 61 tahun yang lalu.

“Sebelum 22 Julai 1963, Sarawak tidak pernah mempunyai kerajaan yang ditadbir oleh anak Sarawak sendiri sebagai Ketua Kerajaan. Selama 100 tahun, Sarawak dijajah di bawah pemerintahan keluarga Brooke, diikuti penaklukan oleh Jepun dan kemudiannya diserahkan kepada pentadbiran British.

“Oleh itu, amat signifikan sekali tarikh 22 Julai 1963 diperingati sebagai titik permulaan Sarawak mempunyai kuasa untuk ditadbir oleh anak Sarawak sendiri apabila mendiang Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan dilantik sebagai Ketua Menteri pertama Kerajaan Sarawak,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Sehubungan itu, beliau mahu anak Sarawak meningkatkan usaha dan menimba sebanyak ilmu yang mungkin agar wilayah ini dapat terus membangun serta makmur demi pembangunan Malaysia.

Wan Junaidi serta isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi turut mengambil kesempatan untuk menzahirkan ucapan Selamat Hari Sarawak kepada rakyatnya.

“Insya-Allah, jika kita terus bersatu, Sarawak akan terus maju dan makmur dalam Malaysia,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan