BINTULU, 22 Julai: Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi menghadiri Majlis Kesyukuran bersempena Sambutan Hari Sarawak 2024 di Masjid Assyakirin di sini, malam tadi.
Selain solat Maghrib dan Isyak berjemaah, turut diadakan bacaan Yassin dan doa kesyukuran yang dipimpin oleh Imam Besar Sarawak Dato Mustapha Kamal Ahmad Fauzi.
Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar.
Dalam masa sama, Mufti Sarawak Datu Kipli Yassin menyampaikan ceramah khas bertajuk “Sinergi Pemimpin dan Rakyat ke Arah Sarawak Maju Makmur”.
Majlis kemudiannya diteruskan dengan jamuan makan malam.
Seramai kira-kira 600 orang menghadiri Majlis Kesyukuran itu.
Sambutan Hari Sarawak 2024 diadakan di Lapangan Terbang Lama Bintulu.
Siaran langsung sambutan ini akan disiarkan di TVS saluran 122 dan semua platform media sosial TVS. – TVS