Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tiket Malam Gala Festival Seni Miri 2024 kini menawarkan potongan lima peratus sempena Hari Sarawak.

Tiket Malam Gala MAF 2024 bersama Anuar Zain tawar lima peratus potongan sempena Hari Sarawak

ByAhmad Burhanuddin

MIRI, 22 Julai: Jualan tiket bagi Malam Gala Festival Seni Miri (MAF) 2024 kini menawarkan promosi hebat sempena Hari Sarawak.

Malam gala yang diadakan pada 3 Ogos depan itu nanti bakal berlangsung di Hotel Pullman Waterfront, di sini, bermula jam 6 petang.

Promosi harga tiket bermula serendah RM475 bagi kategori tempat duduk kuning, RM950 (hijau), RM1900 (oren) dan RM2850 (kelabu) yang mana setiap pembelian tiket adalah termasuk makan malam.

Dalam pada itu, penyanyi terkenal tanah air, Anuar Zain turut membuat penampilan istimewa pada malam gala tersebut, selain turut menampilkan Douglas Lim (pelawak), Nisa Addina (pemain biola) dan Mahsuri Shark (pelukis).

Festival Seni Miri 2024 merupakan anjuran AX International Event & Communication Sdn Bhd dengan kerjasama Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) Miri, bakal bermula 1 hingga 4 Ogos depan.

Ia turut mendapat sokongan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan dan Kementerian Pelancongan Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan tiket, sila layari laman web Ticket2U di https://www.ticket2u.com.my/event/36758. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan