Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lembaga Pelancongan Sarawak melakar satu lagi sejarah apabila berjaya menanam sebanyak 2,000 biji benih lima spesies tanaman di Rizab Alam Semula Jadi Bukit Lima, Sibu.

STB lakar sejarah tanam 2,000 benih di Rizab Alam Semula Jadi Bukit Lima

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 22 Julai: Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) melakar satu lagi sejarah apabila berjaya menanam sebanyak 2,000 biji benih lima spesies tanaman di Rizab Alam Semula Jadi Bukit Lima, Sibu.

Ketua Pegawai Eksekutif STB, Sharzede Datu Salleh Askor berkata usaha berkenaan merupakan sebahagian daripada inisiatif ecoGreen Planet yang dilancarkan pada Jun 2022 bersempena Rainforest World Music Festival (RWMF) dan Borneo Jazz Festival.

Menurutnya, inisiatif tersebut menekankan dedikasi Sarawak terhadap kesedaran dan kelestarian persekitaran, sejajar dengan matlamat perhutanan semula negara menerusi pendekatan holistik terhadap pelancongan yang bertanggungjawab.

“Inisiatif penanaman tersebut memenuhi objektif memorandum persefahaman (MoU) sepanjang lima tahun dengan Sarawak Forestry Corporation SFC) untuk menanam 10,000 pokok menjelang 2027.

“Komitmen tersebut menyokong misi STB untuk memperjuangkan kemampanan dan pelancongan bertanggungjawab serta menyumbang kepada usaha mengimbangi karbon untuk festival-festival.

“Matlamat kita bukan sekadar untuk mengimbangi pelepasan karbon tetapi juga untuk mencipta impak yang berdaya tahan untuk persekitaran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya lagi aktiviti menanam pokok merupakan sebahagian daripada program penghijauan selama lima tahun menerusi ecoGreen Planet yang mendukung aspirasi Sarawak untuk menanam 35 juta pokok yang telah dimulakan sejak 27 Mei 2023.

STB telah memperkenalkan Green Ruai pada RWMF 2024, satu ruang yang dipenuhi dengan kuasa solar, mempamerkan teknologi hijau dan amalan pertanian mampan.

Justeru jelasnya, inisiatif berkenaan menggariskan kepimpinan STB dalam pengurusan acara mesra-eko dan pendekatan komprehensif ke arah pelancongan bertanggungjawab. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan