Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata pengiktirafan sebagai wilayah berpendapatan tinggi bukan matlamat terakhir GPS. Foto JaPen

Selepas diiktiraf berpendapatan tinggi, fokus kini mempertingkatkan pendapatan isi rumah

BySalasiah Safian

BINTULU, 22 Julai: Pengiktirafan sebagai wilayah berpendapatan tinggi daripada Bank Dunia bukan matlamat terakhir Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS), tegas Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurutnya, ini kerana tahap Pendapatan Negara Kasar (PNK) yang tinggi tidak bermaksud pendapatan setiap isi rumah rakyat di Sarawak tinggi.

“Keadaan ini tidak harus dipolitikkan tetapi apa yang lebih penting ialah melaksanakan usaha untuk menangani kepincangan tersebut baik di peringkat negeri mahupun di peringkat Persekutuan.

“Fokus Kerajaan GPS sekarang ialah untuk mempertingkatkan pendapatan pertengahan isi rumah Sarawak yang berada pada tahap RM4,978 berbanding kadar nasional pada tahap RM6,338,” katanya berucap pada Sambutan Perayaan Hari Sarawak di sini, malam ini.

Abang Johari berkata beliau yakin dengan langkah-langkah untuk mentransformasikan ekonomi Sarawak yang sedang dan akan dilaksanakan, negeri ini akan berupaya untuk mempertingkatkan tahap yang ada sekarang untuk melepasi kadar nasional.

Terdahulu beliau berkata Bank Dunia telah mengesahkan bahawa Sarawak masih mengekalkan status sebagai kawasan berpendapatan tinggi dengan tahap PNK pada USD17,000 pada tahun 2023 berbanding USD15,000 pada tahun sebelumnya.

Jelasnya, dengan pendekatan yang bukan konvensional, Sarawak boleh menentukan hala tuju ekonominya sendiri yang berkisar pada inisiatif-inisiatif ke arah ekonomi yang berkait rapat dengan usaha sejagat menangani perubahan iklim.

Ini terbukti apabila Sarawak menjadi kawasan pertama di negara ini yang telah mengorak langkah untuk menggerakkan eknominya ke arah ekonomi hijau dan transisi kepada tenaga yang bersih daripada karbon di samping memberi nilai tambah kepada sumber asli negeri ini.

“Dasar ekonomi hijau ini telah mengetengahkan banyak peluang untuk mentransformasikan ekonomi negeri ini dari segi mempertingkatkan pelaburan asing dan tempatan seperti yang sedang dan akan berlaku di Bintulu ini,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan