Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan bersama para peserta yang menghadiri sesi taklimat umum sempena Sambutan Hari Sarawak di Bintulu, hari ini. Foto UKAS

Sekolah adalah institusi sosial dan perpaduan

BINTULU, 22 Julai: Sekolah bukan sahaja tempat untuk mendapatkan pendidikan, malah institusi penting untuk memperkuatkan integrasi sosial dan perpaduan dalam masyarakat, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Beliau yang juga Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Kedua dan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak berkata walaupun terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan budaya, masyarakat di Sarawak tetap hidup harmoni dan bersatu.

“Meskipun berbeza latar belakang, budaya dan agama, kita semua bersatu sebagai rakyat Sarawak, atau dalam erti kata lain, kita adalah satu Sarawak,” katanya pada sesi taklimat umum sempena sambutan Hari Sarawak di Universiti Putra Malaysia (UPM) Kampus Bintulu yang dihadiri oleh 1,500 peserta di sini hari ini.

Awang Tengah berkata hasil daripada usaha kolektif rakyat yang hidup harmoni dan saling menghormati itu, Sarawak mampu mengecapi pelbagai kemajuan dan pembangunan menerusi ekonomi baharu sehingga menjadi negeri yang berpendapatan tinggi di Malaysia.

Jelas beliau, turut menerima impak positif daripada ekonomi baharu yang menitikberatkan kelestarian alam adalah bahagian Bintulu, kini menjadi hub pelaburan asing, terutamanya dalam industri minyak dan gas, aktiviti huluan dan hilirannya, penangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon serta pengeluaran hidrogen dan bahan api biologi lain.

Acara kemuncak sambutan Hari Sarawak ke-61 di tapak Lapangan Terbang Lama Bintulu pada 8 malam ini akan dihadiri oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan menteri kabinet negeri serta persekutuan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan