Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Datuk Seri Fadillah Yusof dan tetamu kenamaan lain pada Sambutan Perayaan Hari Sarawak 2024 di Bintulu, malam ini. Foto TVS

Sarawak tiada niat jatuhkan entiti kebangsaan

ByDouglas Elliot

KUCHING, 22 Julai: Kerajaan Sarawak tidak berniat untuk menjatuhkan mana-mana entiti kebangsaan seperti yang cuba diuar-uarkan oleh pihak-pihak tertentu.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata spekulasi berkenaan timbul gara-gara niat jahat bersifat politik.

“Saya amat berharap pihak-pihak tersebut tidak mempolitikkan hasrat rakyat Sarawak untuk sama-sama berkecimpung dalam industri minyak dan gas di negara ini. Kuasa dan sumber negara ini harus dikongsi dengan lebih adil dan saksama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sambutan Perayaan Hari Sarawak 2024 di Tapak Lapangan Terbang Lama Bintulu, malam ini.

Sambutan ini turut dihadiri Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dan isteri Premier, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang.

Abang Johari berkata lagi, kemajuan Sarawak tidak dapat dikecapi sendiri tanpa kerjasama semua pihak.

“Jalan yang paling bijak untuk Sarawak ialah melalui perkongsian dan kerjasama dengan entiti-entiti nasional dan juga entiti-entiti antarabangsa untuk mentranformasikan ekonomi wilayah ini,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan