Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kompleks Metanol Sarawak di Tanjung Kidurong, Bintulu yang dirasmikan Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, hari ini. Foto Fiqri Razak (TVS)

Sarawak pengeluar metanol global

ByNisa Kasnoon

BINTULU, 22 Julai: Kompleks Metanol Sarawak yang berupaya menghasilkan 1.75 juta tan metrik metanol setahun merupakan satu lagi pelaburan utama di wilayah ini, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

“Projek metanol ini merupakan enam projek pemangkin pertama yang bertujuan untuk memperkukuh sektor pembuatan dan meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Sarawak,” katanya ketika merasmikan Kompleks Metanol Sarawak, Tanjung Kidurong, di sini hari ini.

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika merasmikan Kompleks Metanol Sarawak di Tanjung Kidurong, Bintulu, hari ini. Foto Fiqri Razak (TVS)

Beliau pada masa sama berharap projek H2ornbill dan H2biscus di Bintulu juga akan terus memperkukuh sektor pembuatan Sarawak.

“Saya mempunyai harapan yang tinggi untuk kedua-dua projek ini dapat direalisasikan sebelum 2030,” tambahnya.

Dalam majlis sama, Abang Johari turut menyaksikan pertukaran memorandum persefahaman (MOU) antara Sarawak Petchem dan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS).

“Selain bekalan gas yang diperuntuk untuk Projek Loji Metanol Sarawak, PETROS akan membekalkan satu lagi 160 MMSCFD gas asli baharu kepada Sarawak Petchem yang merupakan sebahagian daripada Pelan Hala Tuju Gas Sarawak untuk Projek Loji Ammonia dan Urea Rendah Karbon baharu,” katanya lagi.

Buat masa ini, Sarawak Petchem juga sedang meneroka peluang lain sebagai sebahagian daripada strategi untuk mempelbagaikan portfolio mereka dan menjadikan penggunaan tenaga hijau menjadi kenyataan.

Selain itu, Sarawak kini mempromosikan penyelesaian karbon rendah dan juga komited untuk mempercepat peralihan kepada ekonomi hijau bernilai tinggi seperti yang digariskan dalam Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional (NETR).

“Dengan pelbagai projek perdana berbilion ringgit di Bintulu, Sarawak berada pada kedudukan yang baik untuk menjadi hab tenaga hijau serantau.

“Ini akan memacu aktiviti ekonomi pesat yang akan membuka lebih banyak usaha niaga menguntungkan,” ujarnya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan