Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$113.3 bilion pada 15 Julai, 2024. Foto fail Faitullah Morni (TVS)

Rizab antarabangsa BNM berjumlah US$113.3 bilion pada 15 Julai

ByBernama

KUALA LUMPUR, 22 Julai: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$113.3 bilion pada 15 Julai, 2024.

Dalam satu kenyataan hari ini, bank pusat itu berkata paras rizab itu mencukupi untuk membiayai 5.4 bulan import barangan dan perkhidmatan, serta 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

BNM berkata komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing (US$101.0 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (US$1.3 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (US$5.7 bilion), emas (US$2.9 bilion) dan aset rizab lain (US$2.4 bilion).

Jumlah aset termasuk emas dan pertukaran asing dan rizab lain, termasuk SDR (RM534.95 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.77 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM9.69 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM25.06 bilion), tanah dan bangunan (RM4.12 bilion), dan aset lain (RM51.21 bilion), katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan