Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang anggota polis akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu di sini hari ini berhubung kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah. Foto Bernama

Reman suspek kes bunuh Nur Farah Kartini dilanjut tujuh hari

ByBernama

KUALA KUBU BAHRU 22 Julai: Tempoh reman suspek kes bunuh bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Nur Farah Kartini Abdullah dilanjutkan tujuh hari lagi.

Perintah sambung reman bermula esok hingga 29 Julai ini dikeluarkan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza selepas mendengar permohonan polis di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu di sini.

Lelaki berusia 26 tahun itu yang memakai baju lokap berwarna jingga dan bergari hadir dengan menaiki kereta polis pada 9.04 pagi.

Suspek sebelum ini direman tujuh hari sehingga hari ini untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, Bernama melaporkan penemuan mayat mangsa di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam, Hulu Selangor kira-kira 6 petang, 15 Julai lepas.

Susulan itu, suspek yang juga seorang anggota polis berpangkat lans koperal telah ditahan hari yang sama. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan